Tumbuhan asli dan ceroboh Tumbuhan asli

Campur tangan manusia

Ketika masyarakat mengalih tumbuhan ke tempat baru sebagai tanaman makanan atau hiasan, atau memindahkan mereka tanpa sengaja, beberapa peratus mungkin menjadi spesies ceroboh, merosakkan masyarakat tanaman asli dalam julat yang diperkenalkan. Selain kerosakan ekologi, spesies ini juga mampu merosakkan pertanian, infrastruktur, dan aset budaya. Agensi kerajaan dan kumpulan alam sekitar sedang meningkatkan sumbangan sumber bagi membantu spesies ini dan potensi interaksi dengan perubahan cuaca.

Kepelbagaian yang kaya bagi spesies unik dikebanyakan tempat di dunia wujud hanya kerana wilayah bio diasingkan oleh halangan, terutamanya sungai yang luas, laut, lautan, gunung dan gurun.

Manusia, burung berhijrah, arus laut, dll. mampu memperkenalkan spesies yang tidak pernah bertembung dalam sejarah evolusi mereka, pada skala masa berbeza antara beberapa hari kepada beberapa dekad (Long, 1981)(Vermeij, 1991). Manusia sedang memindahkan spesies serata dunia pada akdar yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Mereka yang bertugas menangani spesies ceroboh melihatkannya sebagai risiko meningkat.